Apakah Seloka ?
Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka. Dalam
bahasa Melayu, seloka bererti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka
merupakan puisi yang paling tua dalam kesusasteraan Melayu. Seloka dipercayai
datang ke alam Melayu bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara.
Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal yang tertulis dalam bentuk
seloka.
Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap atau bahasa berirama,
seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur
jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Walaupun seloka merupakan
puisi yang bercorak senda gurau namun isinya mengandungi sindiran yang menjadi
pengajaran dan teladan kepada pembaca. Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam
bentuk terikat yakni empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun atau
syair. Selain itu seloka juga ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya
menjadi isi puisi berkenaan.
Sebenarnya ada beberapa pengertian dari seloka yang disampaikan oleh beberapa ahli antara lain:
Sebenarnya ada beberapa pengertian dari seloka yang disampaikan oleh beberapa ahli antara lain:
- B.Simorangkir menjelaskan bahawa seloka merupakan peribahasa atau pepatah yang di dalamnya diberi sampiran.
- Hooykaas menjelaskan bahawa Seloka adalah pantun yang didalamnya ibarat mengandungi kisah-kisah dan berisi unsur nasihat.
(a) Fungsi Seloka
Umumnya seloka biasa menggambarkan masyarakat yang melahirkannya, iaitu
masyarakat yang sangat peduli dengan keharmonian dan ketatasusilaan. Puisi
seloka oleh orang Melayu digunakan untuk mengkritik semua kelakuan negatif
anggota masyarakat tanpa harus menyinggung perasaan dari individu yang bersangkutan. Selain itu, fungsi dari seloka
adalah sebagai panduan atau pengajaran bagi anggota masyarakatnya.
(b) Ciri-ciri Seloka
Seloka mempunyai beberapa ciri-ciri seperti berikut :
- Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas
- Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat)
- Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap
- Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda
- Digunakan untuk menyindir sambil mengajar
Seloka mempunyai beberapa jenis-jenis seperti berikut :
- · Seloka gurau senda
- · Seloka nasihat
- · Seloka pendidikan
- · Seloka sindiran
Contoh seloka bentuk gurau senda :
Jika
hendak kamu melamar,
Jangan banyak
tulis dihapus,
Jika siswa
rajin belajar,
Sudah tentu
pasti lulus.
Jika kita pegang
kuas,
Melukislah
pada kertas,
Jika anak
bangsa cerdas,
Bangsa pun
berkualitas.
Hendaklah
melempar jangkar,
Kalau ada
perahu singgah,
Kalau anak
bangsa pintar,
Negeri ini
akan bangga.
Contoh seloka bentuk nasihat :
Kalau
nak ikut nasihat ini,
Jangan
bertangguh ubahlah diri,
Benda
yang baik tak payah diuji,
Akan
terserlah akhlak terpuji.
Sudahkah
kita tanamkan iman,
Menutup
aurat seluruh badan,
Ke sana
sini dilindungi Tuhan,
Keluarga
menjadi contoh tauladan.
Kalau nak
ikut nasihat ini,
Jangan
bertangguh ubahlah diri,
Benda
yang baik tak payah diuji,
Akan
terserlah akhlak terpuji.
Contoh seloka bentuk pendidikan :
Anak
ayam turun sepuluh,
Mati satu
tinggal sembilan,
Tuntulah
ilmu dengan sungguh-sungguh,
Supaya
engkau tidak ketinggalan.
Anak ayam
turun sembilan,
Mati satu
tinggal delapan,
Ilmu
boleh sedikit ketinggalan,
Tapi
jangan sampai putus harapan.
Anak ayam
turun delapan,
Mati satu
tinggal lah tujuh,
Hidup
harus penuh harapan,
Jadikan
itu jalan yang dituju.
Contoh seloka bentuk sindiran :
Contoh seloka bentuk sindiran :
Candu bungkus daun talas,
Makan dia mata bilas,
Mandi segan kerja malas,
Harta orang hendak digalas.
Apa guna pergi ke pasar,
Kalau tidak bawa keranjang,
Apa guna berkereta besar,
Kalau hutang keliling pinggang.
Duduk di anjung makan kunci,
Sarung kunci tersangkut di bahu,
Muncung-muncung kononnya benci,
Tapi yang dibenci sikit tah tahu.